Posts

Makan Bersama

Hal yang mudah, remeh mungkin bagi sesetengah orang. Tapi besar untuk aku. Hal yang nampak kecil, nampak ringan dan mudah, tapi susah terealisasikan. Kadang, tak pernah minta wang ringgit, tak pernah minta 24 jam perhatian tanpa toleh seminit, tak pernah minta harta luar biasa. Cuma mahukan, makan bersama.  Hingga terkadang, makanannya juga sudah aku sedia. Mahuku cuma mengisi masa dengan bercerita tentang masa depan, bergelak ketawa seperti kamu dengan yg lain.  Tapi aku tahu, untuk aku, takkan ada. Mahuku cuma makan bersama, tapi kadang yang aku dapat cuma rasa rendah diri, dihina maruah dan rasa sayang yang aku ada.

Ikhlas

 Dan hari ini, aku ikhlaskan. Aku sujud pada Tuhan. Aku sungguh-sungguh panjat doa pada Tuhan, kalau bukan dia yang didekatkan, maka hati aku yang perlu mengikhlaskan. Tak pernah terbayang, harus mengikhlas benda yang paling aku tak mampu lepas. Ikhlas itu terlalu besar. Mungkin aku belum tahu caranya tapi setelah aku ungkap “aku ikhlaskan kau dengan cara baik”, sedikit sebanyak lega dan kuat datang sendirinya. Barang kali Tuhan dengar. Aku tak lagi meminta kau kembali, aku cuma minta dikuatkan ikhlas hati. Dan Tuhan menjawab dengan caranya sendiri. Semoga ikhlas dan kuat ini terus ada.  Aku kalah dalam memperjuangkan sayang yang paling aku reti, semoga tidak kalah dalam berjalan dengan ikhlas hati. Dengan mula ikhlas ini, aku tutup pintu hati buat sementara.

Belum ada.

 Sepertinya, masih belum ada. Yang mampu bertulus, seperti mana aku mampu. Yang sekurangnya mampu memberi kasih, seperti mana aku mampu. Yang mampu memberi nyaman, atau sekurangnya menjadi teman. Jauh dalam hati, ingin.

Satria versi milik aku.

 Satria.  Atau dalam English, "Knight". Maksudnya orang yang mempunyai ciri-ciri pahlawan, orang yang tugasnya menjaga, mengawal, memerhatikan. Dia adalah my very own version of Satria. Dia yang menjaga, mengawal dan memerhati aku, pada setiap masa. Jujur kalau dulu, aku tak pernah suka dikawal atau dijaga atau diperhati setiap gerak geri. But after a while, dengan dia, aku MAHU dikawal, Aku SUKA dijaga, Aku INGIN diperhati. Entah apa mantra dia guna, tapi dia satu-satunya manusia yang buat aku terdesak untuk dikawal, dijaga dan diperhati setiap masa. He's my very own knight in shining armour. Dia datang menyelamatkan aku dari ranapnya sebuah jiwa,  Dia jaga aku dari setiap buruk yang bakal orang kata, Dia kawal aku dari menjadi orang yang terlalu beriya di mata-mata, Dia perhati aku supaya tak tersalah langkah kedepannya. Kadang memang menjengkelkan la tapi sebenarnya jauh dalam hati, aku suka. Aku suka bila dia say no sebab nak kawal aku, aku suka bila dia marah sebab n...